The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS8 | Selangor FC vs Kuala Lumpur City FC | Pertarungan Lembah Jadi Rebutan

Oct 26, 2025 - FAS

Perlawanan Derbi Lembah Klang kembali pada malam ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di antara Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC bagi pusingan pertama saingan Liga Super 2025/26 pada jam 8:15 malam.

Malam ini menandakan pertemuan ke-91 di antara dua seteru ketat Lembah Klang #SFCKLC. Skuad Merah Kuning telah mencatatkan 54 kemenangan dan 18 seri, dengan 167 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan lalu di antara Gergasi Merah dan The City Boys.

Bagi keberadaan pemain untuk perlawanan malam ini, Mukhairi Ajmal masih dalam fasa pemulihan daripada kecederaan Hamstring, manakala Noor Al Rawabdeh juga terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan semasa sesi latihan terakhir sebelum menentang Persib tempoh hari. Sementara itu, Picha Autra kini kembali menjalani aktiviti bersama rakan sepasukan yang lain. 

Dalam masa yang sama, pasukan bersedia untuk memperjuangkan kemenangan bagi perlawanan Derbi Lembang Klang malam ini, susulan daripada persiapan rapi yang telah dijalankan oleh ketua jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel bersama barisan kejurulatihan sebaik sahaja pulang dari Indonesia.

Pihak pengurusan Selangor FC percaya pasukan akan bangkit dan bersedia untuk berikan segalanya dalam perlawanan Derbi Lembah Klang di laman Gergasi Merah. Ayuh, Merah Kuningku! 

Demi Kebanggaan!